Laman

Sabtu, 31 Mei 2014

KHALIL GIBRAN - Dirundung Sunyi

Wahai teman sebayaku, jika engkau mengingat awal masa mudamu dengan
kegembiraan dan menyesalinya karena ia telah berlalu. 

Namun aku mengingatnya seperti seorang narapidana
yang dipanggil kembali oleh jeruji dan belenggu penjaranya.

KHALIL GIBRAN - Sang Pujaan

Dialah yang disanjung-sanjung sampai gila.... Dialah pengkhayal yang menulis untuk menghancurkan moral kaum muda.... Andaikan kaum lelaki dan perempuan  yang sudah beristeri/bersuami mengikuti pendapat-pendapat Gibran dalam hal perkawinan maka akan goyahlah sendi-sendi keluarga dan akan tesengal-sengallah dasar-dasar kehidupan masyarakat

Jumat, 30 Mei 2014

JANGAN MENILAI UCAPAN ORANG YANG SEDANG JATUH CINTA

Sepanjang hidup seorang pecinta Tuhan yang difikirkan adalah bagaimana dia bisa menyenangkan Tuhannya, bisa melayani Tuhannya dengan sepenuh hati. Ketika yang berbicara adalah cinta maka tidak ada lagi ukuran salah benar, pahala dan dosa bahkan tidak ada juga surga dan neraka. Bagaimana mungkin seorang yang sedang jatuh cinta bisa kita tawarkan kenikmatan

SYEKH BAHAUDDIN NAQSABANDI

Syekh Muhammad Bahauddin An Naqsabandiy Ra. Adalah seorang Wali Qutub dan imam yang masyhur, yang hidup pada tahun 717-791 H di desa Qoshrul ‘Arifan, Bukhara, Rusia. Beliau adalah pendiri Thoriqoh Naqsyabandiyah sebuah thoriqoh yang sangat terkenal dengan pengikut sampai jutaan jama’ah dan tersebar sampai ke Indonesia hingga saat ini.

Filsafat Wujud dalam Wacana Para Filosof Muslim

Dalam wacana filsafat Islam, problematika seputar ‘wujud’ merupakan tema yang paling krusial. Untuk menyoroti konsepsi tersebut, tulisan ini bersandar pada teori wujudiyyah yang disusun seorang filosof besar muslim yang terkenal dengan sebutan Mulla Sadra. Di antara tema-tema metafisika yang paling banyak melahirkan kontroversi filosofis  adalah problema wujud.

Kamis, 29 Mei 2014

Risalah


ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATTULLAHI WABARAKATUH,
BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM

Segala puji dan puja untuk Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mengumpul segala pengetahuan di dalam Zat-Nya dan Dia jualah Pencipta segala pengetahuan dengan keabadian. Segala kewujudan bersumberkan Wujud-Nya. Segala puji bagi Allah lantaran Dia menghantarkan Quran yang mulia yang mengandungi di dalamnya sebab-sebab ia diturunkan iaitu untuk memperingatkan manusia tentang Allah. Dihantarkan-Nya kepada pembimbing yang memandu manusia pada jalan yang benar dengan yang paling Perkasa di antara agama-agama. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang tidak diajar oleh makhluk tetapi diajar oleh-Nya sendiri, Baginda Rasulullah s.a.w adalah nabi-Nya yang terakhir, penyambung terakhir pada rantaian kenabian yang diutus kepada dunia yang sedang hanyut di dalam huru hara, yang paling mulia di kalangan nabi-nabi-Nya, dimuliakan dengan kitab suci yang paling suci dan paling mulia, Sebagai Rasul terakhir yang diutus membawa agama Islam sebagai ajaran Rahmatan Lil Alamin, Dan Juga Salam Ta'zim yang sehalis-halisnya kami haturkan keharibaan Penghulu Silsilah, dan Guru Mursyid yang senantiasa membimbing Ruhani dimanapun kami berada, serta ucapan terimakasih pada semua saudara-saudari yang turut serta membantu terwujudnya perjalanan kami bersama "MAHA KARYA ALAM SEMESTA" serta "RUANG MAHA CINTA".

Permohonan Ampun yang tidak terhingga kami haturkan Keharibaan-Nya, atas segala kesalahan yang kami torehkan dalam lembaran kehidupan ini, serta Permohonan maaf yang sebesar-besarnya kami minta pada semua Saudara-Saudariku yang mengenal kami, yang berkunjung di MAHA KARYA ALAM SEMESTA ini, atas segala Ke-Khilafan, Kesalahan, Prilaku, Ucapan, Kata-kata, Perbuatan Kami yang menyinggung, ataupun postingan kami yang tidak berkenan di hati saudara-saudari semua, sebelumnya kami Memohon Maaf yang sebesar-besarnya.

Tentu sekali yang paling berharga di antara yang berharga, paling tinggi, permata yang tidak ternilai, barang perniagaan yang paling menguntungkan manusia, adalah ilmu pengetahuan. Hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita boleh mencapai keesaan Allah, Tuhan sekalian alam. Hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita boleh mengikuti rasul-rasul-Nya dan nabi-nabi-Nya. Orang yang berpengetahuan, yang bijaksana, adalah hamba-hamba Allah yang tulen yang Dia pilih untuk menerima perutusan Ilahi. Dia lebihkan mereka daripada yang lain semata-mata dengan kebaikan rahmat-Nya yang Dia curahkan kepada mereka. Mereka adalah pewaris nabi-nabi, pembantu-pembantu mereka, yang dipilih oleh rasul-rasul-Nya untuk menjadi khalifah kepada sekalian manusia. Mereka berhubungan dengan nabi-nabi dengan perasaan yang amat seni dan kebijaksanaan yang sangat tinggi. 

Allah Yang Maha Tinggi memuji orang-orang yang memiliki hikmah kebijaksanaan:
“Kemudian Kami wariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih daripada hamba-hamba Kami, tetapi sebahagian daripada mereka menganiayai diri mereka sendiri, dan sebahagian daripada mereka cermat, dan sebahagian daripada mereka ke hadapan dalam kebajikan-kebajikan dengan izin Allah, yang demikian adalah kurniaan yang besar”. (Surah Fatir, ayat 32).

 
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pemegang hikmah kebijaksanaan adalah pewaris nabi-nabi. Penduduk langit mengasihi mereka dan di atas muka bumi ini ikan-ikan di laut bertasbih untuk mereka hingga kepada hari kiamat”.
 
Dalam ayat lain Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
“Tidak takut kepada Allah daripada hamba-hamba-Nya melainkan orang-orang yang berilmu Pengetahuan” (Surah Fatir, ayat 28).

 
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pada hari pembalasan, Allah akan mengumpulkan sekalian manusia, kemudian mengasingkan yang berilmu di antara mereka dan berkata kepada mereka: ‘Wahai orang-orang yang berilmu. Aku kurniakan kepada kamu ilmu-Ku kerana Aku mengenali kamu. Tidak aku kurniakan hikmah kebijaksanaan kepada kamu untuk Aku hukumkan kamu pada hari ini. Masuklah ke dalam syurga-syurga-Ku. Aku telah ampunkan kamu’ ”.

Segala puji milik Allah, Tuhan sekalian alam lantaran Dia kurniakan makam yang tinggi kepada hamba-hamba-Nya yang taat dan memelihara mereka daripada dosa dan menyelamatkan mereka daripada diseksa. Dia berkati ahlul hikmah dengan menghampiri mereka.

Kami juga meminta Dukungan saudara-saudari untuk ikut bersama-sama membangun Halaman MAHA KARYA ALAM SEMESTA ini dengan kritikan, saran, teguran, nasihat, atau apapun itu untuk kemajuan bersama, demi terwujudnya Akhlaqtul Karimah bukan tanggung jawab seorang Ulama, Ustad, Kiayi ataupun ahli Ilmu dan sebagainya, tetapi Akhlaq itu tanggung jawab setiap pribadi kita, untuk merubahnya mari bersama-sama kita mulai dari diri kita sendiri, dari keluarga kita sendiri, dari lingkungan kita sendiri.

Semua artikel yang kami paparkan dalam RUANG MAHA CINTA adalah kumpulan dari berbagai sumber, karya, pengalaman, aktifitas, kitab, berita dan sebagainya... semua boleh di Ambil dengan bebas dan disebarluaskan, sejatinya semua yang ada diatas muka bumi ini Dia-lah Yang Berkehendak dan Dia Pula Yang Menambah dan Mengurangi apa-apa Yang Dia Khendaki, Kami berjumpa dan berpisah dengan Saudara-saudari semua telah terancang atas Ijin-Nya. sebelum menutup salam kami, ijinkan kami mengutip Pesan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani..


(Petikan surat Syeikh Abdul Qadir al-Jailani)
Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi. 

Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya? 

Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…”. Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah “…menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah. Allah bimbingkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki. 

Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing). 

Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya. 

Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.


UNTUK MENDAPATKAN ARTIKEL KIRIMAN KAMI KE AKUN EMAIL SAUDARA/I SILAHKAN IKUTI BLOG INI DENGAN MEMASUKKAN ALAMAT EMAIL DI KOLOM FOOLOW FOR EMAIL
/
AKHIR KATA KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG, DAN SAMPAI JUMPA KEMBALI DI SINI 
/
WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKTUUH