ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATTULLAHI WABARAKATUH,
BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM
Segala puji dan puja untuk
Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mengumpul segala
pengetahuan di dalam Zat-Nya dan Dia jualah Pencipta segala pengetahuan dengan
keabadian. Segala kewujudan bersumberkan Wujud-Nya. Segala puji bagi Allah
lantaran Dia menghantarkan Quran yang mulia yang mengandungi di dalamnya
sebab-sebab ia diturunkan iaitu untuk memperingatkan manusia tentang Allah.
Dihantarkan-Nya kepada pembimbing yang memandu manusia pada jalan yang benar
dengan yang paling Perkasa di antara agama-agama. Selawat dan salam ke atas Nabi
Muhammad s.a.w yang tidak diajar oleh makhluk tetapi diajar oleh-Nya sendiri,
Baginda Rasulullah s.a.w adalah nabi-Nya yang terakhir, penyambung terakhir pada rantaian
kenabian yang diutus kepada dunia yang sedang hanyut di dalam huru hara, yang
paling mulia di kalangan nabi-nabi-Nya, dimuliakan dengan kitab suci yang paling
suci dan paling mulia, Sebagai Rasul terakhir yang diutus membawa agama Islam sebagai ajaran Rahmatan Lil Alamin,
Dan Juga Salam Ta'zim yang sehalis-halisnya kami haturkan keharibaan
Penghulu Silsilah, dan Guru Mursyid yang senantiasa membimbing Ruhani
dimanapun kami berada, serta ucapan terimakasih pada semua saudara-saudari yang turut serta membantu terwujudnya perjalanan kami bersama "MAHA KARYA ALAM SEMESTA" serta "RUANG MAHA CINTA".
Permohonan Ampun yang tidak terhingga kami haturkan Keharibaan-Nya, atas segala kesalahan yang kami torehkan dalam lembaran kehidupan ini, serta Permohonan maaf yang sebesar-besarnya kami minta pada semua Saudara-Saudariku yang mengenal kami, yang berkunjung di MAHA KARYA ALAM SEMESTA ini, atas segala Ke-Khilafan, Kesalahan, Prilaku, Ucapan, Kata-kata, Perbuatan Kami yang menyinggung, ataupun postingan kami yang tidak berkenan di hati saudara-saudari semua, sebelumnya kami Memohon Maaf yang sebesar-besarnya.
Tentu sekali yang paling
berharga di antara yang berharga, paling tinggi, permata yang tidak ternilai,
barang perniagaan yang paling menguntungkan manusia, adalah ilmu pengetahuan.
Hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita boleh mencapai keesaan Allah, Tuhan
sekalian alam. Hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita boleh mengikuti
rasul-rasul-Nya dan nabi-nabi-Nya. Orang yang berpengetahuan, yang bijaksana,
adalah hamba-hamba Allah yang tulen yang Dia pilih untuk menerima perutusan
Ilahi. Dia lebihkan mereka daripada yang lain semata-mata dengan kebaikan
rahmat-Nya yang Dia curahkan kepada mereka. Mereka adalah pewaris nabi-nabi,
pembantu-pembantu mereka, yang dipilih oleh rasul-rasul-Nya untuk menjadi
khalifah kepada sekalian manusia. Mereka berhubungan dengan nabi-nabi dengan
perasaan yang amat seni dan kebijaksanaan yang sangat tinggi.
Allah Yang Maha Tinggi memuji
orang-orang yang memiliki hikmah kebijaksanaan:
“Kemudian Kami wariskan Kitab itu
kepada mereka yang Kami pilih daripada hamba-hamba Kami, tetapi sebahagian
daripada mereka menganiayai diri mereka sendiri, dan sebahagian daripada mereka
cermat, dan sebahagian daripada mereka ke hadapan dalam kebajikan-kebajikan
dengan izin Allah, yang demikian adalah kurniaan yang besar”. (Surah Fatir, ayat 32).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
“Pemegang hikmah kebijaksanaan adalah pewaris nabi-nabi.
Penduduk langit mengasihi mereka dan di atas muka bumi ini ikan-ikan di laut
bertasbih untuk mereka hingga kepada hari kiamat”.
Dalam ayat lain Allah Yang
Maha Tinggi berfirman:
“Tidak takut kepada Allah daripada hamba-hamba-Nya
melainkan orang-orang yang berilmu Pengetahuan” (Surah Fatir,
ayat 28).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
“Pada hari pembalasan, Allah akan mengumpulkan sekalian manusia, kemudian
mengasingkan yang berilmu di antara mereka dan berkata kepada mereka: ‘Wahai
orang-orang yang berilmu. Aku kurniakan kepada kamu ilmu-Ku kerana Aku mengenali
kamu. Tidak aku kurniakan hikmah kebijaksanaan kepada kamu untuk Aku hukumkan
kamu pada hari ini. Masuklah ke dalam syurga-syurga-Ku. Aku telah ampunkan kamu’
”.
Segala puji milik Allah,
Tuhan sekalian alam lantaran Dia kurniakan makam yang tinggi kepada
hamba-hamba-Nya yang taat dan memelihara mereka daripada dosa dan menyelamatkan
mereka daripada diseksa. Dia berkati ahlul hikmah dengan menghampiri mereka.
Kami juga meminta Dukungan saudara-saudari untuk ikut bersama-sama membangun Halaman MAHA KARYA ALAM SEMESTA ini dengan kritikan, saran, teguran, nasihat, atau apapun itu untuk kemajuan bersama, demi terwujudnya Akhlaqtul Karimah bukan tanggung jawab seorang Ulama, Ustad, Kiayi ataupun ahli Ilmu dan sebagainya, tetapi Akhlaq itu tanggung jawab setiap pribadi kita, untuk merubahnya mari bersama-sama kita mulai dari diri kita sendiri, dari keluarga kita sendiri, dari lingkungan kita sendiri.
Semua artikel yang kami paparkan dalam RUANG MAHA CINTA adalah kumpulan dari berbagai sumber, karya, pengalaman, aktifitas, kitab, berita dan sebagainya... semua boleh di Ambil dengan bebas dan disebarluaskan, sejatinya semua yang ada diatas muka bumi ini Dia-lah Yang Berkehendak dan Dia Pula Yang Menambah dan Mengurangi apa-apa Yang Dia Khendaki, Kami berjumpa dan berpisah dengan Saudara-saudari semua telah terancang atas Ijin-Nya. sebelum menutup salam kami, ijinkan kami mengutip Pesan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani..
(Petikan surat Syeikh
Abdul Qadir al-Jailani)
Sahabat-sahabatku yang
dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti
membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu
itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.
Bila cahaya dari “Allah
adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu
hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya
seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu
anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan
mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan
dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok
penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun
tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan
menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah
menyinarinya?
Sekiranya cahaya rahsia Ilahi
bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh
ribuan bintang-bintang “…dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan
(kamu)…”. Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah
“…menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu
rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang
secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui
sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan.
Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran
Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk
langit memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit,
melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi
kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit,
menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap
sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu akan melihat
terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan
“bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur
kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul
di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja
di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah. Allah
bimbingkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Kemudian kamu akan melihat di
ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah
matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu
“berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam
kesesatan”. Dan kamu akan memahami rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar
bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan
(masing-masing).
Akhirnya ikatan akan terurai
selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui
tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan
yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.
Semua ini akan bermula bila
cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya
jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.
UNTUK MENDAPATKAN ARTIKEL KIRIMAN KAMI KE AKUN EMAIL SAUDARA/I SILAHKAN IKUTI BLOG INI DENGAN MEMASUKKAN ALAMAT EMAIL DI KOLOM FOOLOW FOR EMAIL
/
AKHIR KATA KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG, DAN SAMPAI JUMPA KEMBALI DI SINI
/
WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKTUUH