Dua jenis penyucian: Pertama
zahir, ditentukan oleh peraturan agama dan dilakukan dengan membasuh tubuh badan
dengan air yang bersih. Keduanya ialah penyucian batin, diperolehi dengan
menyedari kekotoran di dalam diri, menyedari dosanya dan bertaubat dengan
ikhlas. Penyucian batin memerlukan perjalanan kerohanian dan dibimbing oleh guru
kerohanian.
Kamis, 13 November 2014
Sirr Al Asrar - Darwis (sufi)
Ada satu golongan yang
dikenali sebagai sufi. Empat tafsiran diberikan kepada istilah sufi. Ada yang
melihatnya pada keadaan zahir mereka memakai baju bulu yang kasar. Bulu dalam
bahasa Arab ialah suf. Dari perkataan ini mereka dipanggil sufi. Yang lain
melihat kepada kehidupan mereka yang bebas daripada kekacauan dunia ini serta
kedamaian dan
Sirr Al Asrar - Kebahagiaan kerana beramal shaleh
Kamu patut tahu bahawa
manusia akan termasuk kepada salah satu daripada dua golongan, golongan pertama
ialah yang berada dalam kedamaian, keimanan, bahagia dalam melakukan ketaatan
kepada Allah, sementara golongan kedua berada dalam keadaan tidak selamat,
keraguan dan kerisauan dalam keingkaran terhadap peraturan Tuhan. Kedua-dua
nilai,
Sirr Al Asrar - Tabir cahaya dan kegelapan
Allah berfirman:
“Sesiapa yang buta
di dunia buta juga di akhirat”. (Surah Bani Israil, ayat
72).
Bukan buta mata yang di
kepala tetapi buta mata yang di hati yang menghalang seseorang daripada melihat
cahaya hari akhirat. Firman Allah: “Bukan matanya yang buta tetapi hatinya yang di
dalam dada”. (Surah Hajj, ayat 46).
Sirr Al Asrar - Menyaksikan Allah SWT
SAMPAI KEPADA MAKAM
MELIHAT KENYATAAN ZAT YANG MAHA SUCI.
Melihat Allah ada dua jenis:
Pertama melihat sifat keindahan Allah yang sempurna secara langsung di akhirat’
dan satu lagi melihat sifat-sifat ketuhanan yang dipancarkan ke atas cermin yang
jernih kepunyaan hati yang tulen di dalam kehidupan ini. Dalam hal tersebut
Sirr Al Asrar - Syarat untuk melakukan zikir
Salah satu syarat menyediakan
seseorang untuk berzikir ialah berada di dalam keadaan berwuduk; basuh dan
bersihkan tubuh badan dan sucikan hati. Pada peringkat permulaan, supaya zikir
itu berkesan, perlulah disebut kuat-kuat akan perkataan dan ayat yang dijadikan
zikir – kalimah tauhid, sifat-sifat Allah. Bila perkataan tersebut diucapkan
usahakan
Sirr Al Asrar - Zikir
Allah Yang Maha Tinggi
menunjukkan jalan kepada para pencari supaya mengingati-Nya: “Dan hendaklah kamu sebut Dia
sebagaimana Dia pimpin kamu. (Surah Baqaraah, ayat
198).
Ini bermakna Pencipta kamu
telah membawa kamu ke peringkat kesedaran dan keyakinan yang tertentu dan kamu
hanya boleh mengingati-Nya menurut kadar keupayaan tersebut.
Sirr Al Asrar - Kerohanian Islam dan ahli sufi
Sufi adalah perkataan Arab –
saf, yang bererti tulen. Alam batin sufi dipersucikan, menjadi tulen dan
diterangi oleh cahaya makrifat, penyatuan dan keesaan.Istilah sufi dikaitkan juga
dengan bidang kerohanian mereka yang sentiasa berhubung dengan sahabat-sahabat
Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai ‘puak yang memakai baju bulu’. Saf,
pakaian bulu
Sirr Al Asrar - Taubat dan pengajaran melalui perkataan
Tahap-tahap dan
peringkat-peringkat perubahan kerohanian telah pun disebut. Perlu ditegaskan
bahawa setiap peringkat dicapai terutamanya dengan taubat. Bolehlah dipelajari
cara bertaubat dengan orang yang mengetahui cara berbuat demikian dan yang telah
sendirinya bertaubat. Taubat yang sebenar dan menyeluruh merupakan langkah
pertama di dalam perjalanan.
Sirr Al Asrar - Ilmu dan perkembangan kerohanian
Ilmu pengetahuan zahir
mengenai benda-benda yang nyata dibahagikan kepada dua belas bahagian dan ilmu
pengetahuan batin juga dibahagikan kepada dua belas bahagian. Bahagian-bahagian
tersebut dibahagikan di kalangan orang awam dan orang khusus, hamba-hamba Allah
yang sejati, menurut kadar keupayaan dan kebolehan mereka.
Langganan:
Postingan (Atom)