Laman

Rabu, 29 Oktober 2014

Sepenggal Hikmah Syeikh Abdul Qadir Jailani

Bila engkau berada dalam hal tertentu,
jangan mengharapkan hal yang lain,
baik yang lebih tinggi mahupun yang lebih rendah.
Jadi bila kau berada di pintu gerbang istana Raja,
jangan berkeinginan untuk masuk ke istana itu,
“kecuali terpaksa”


Yang dimaksud dengan terpaksa ialah diperintah terus-menerus.
Dan jangan menganggapnya sebagai izin masuk,
kerana mungkin saja Raja menjebakmu.
Tapi, bersabarlah, sampai kau benar-benar 
dipaksa memasukinya oleh sang Raja.
Dengan demikian, sang Raja takkan menghukummu,
kerana Dia sendiri menghendakinya.
Jika kau toh dihukum, tentu disebabkan oleh keburukan kehendak, kerakusan, ketaksabaran, kekurang ajaran, dan keinginanmu untuk berpuas dengan keadaan kehidupanmu.

Bila kau harus masuk ke dalamnya kerana terpaksa,
masuklah dengan penuh ketenangan dan ketundukan pandangan,
bersikaplah yang layak dan indahkanlah semua perintah-Nya
dengan sepenuh jiwa tanpa mengharapkan kemajuan dalam tingkat kehidupan.








Artikel Terkait Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani:
* Kitab Futuuhul Ghaib
* Pemurnian Tasawwuf
* Enam Pertanyaan Imam Ghazali



Tidak ada komentar: